Thursday, March 24, 2011

TEORI KONSPIRASI - Kejatuhan UMNO Melalui Skandal Klip-Video-Seks

Tiba-tiba Malaysia menjadi gamat, gara-gara individu bernama “Datuk T”. Memulakan langkahnya dengan memanggil hampir semua editor kanan akhbar, wartawan ternama, penulis-penulis laman portal popular dan tidak terkecuali penulis-penulis blog yang punyai nama.

Isunya adalah tayangan klip-video sekitar 20 minit. Pelakonnya melakonkan adegan seks. Seorang lelaki dan seorang wanita berkulit cerah. Dikatakan bahawa wajah pelakon lelaki tersebut amat mirip dengan seorang "pemimpin no. 1 pembangkang". Manakala watak wanita pula dikhabarkan sebagai seorang "GRO" berketurunan Cina. Itu plot utamanya.

Sub-plotnya adalah lokasi tayangan klip video tersebut, Carcosa Seri Negara. Ditambah dengan kaedah para jemputan dipanggil. Sungguh misteri. Kononnya kawalan yang teramat ketat dikenakan ke atas jemputan ala-ala VVIP.

Sub-sub-plotnya pula adalah, semasa tayangan klip-video sedang dimainkan, pengarah strategi parti yang diketuai oleh kononnya pelakon lelaki tersebut sebuk menulis melalui kemudahan sosial interaktif “Twitter” – tulisnya adalah penafian bahawa pelakon lelaki dalam klip-video tersebut sebagai pemimpin utama mereka. Tambahnya, klip-video tersebut telah diubah dan direka-reka. Dipendekkan cerita, ianya adalah satu lagi fitnah yang dilemparkan kepada pemimpin mereka bermotifkan politik – menumbangkan "pemimpin no. 1 pakatan pembangkang".

Mungkin plot-plot cerita di atas tidak lengkap jika tidak diumumkan motif kejadian. Justeru, "Datuk T" mengumumkan hasratnya yang mahukan supaya pemimpin serta isteri kepada pemimpin tersebut meletakkan jawatan mereka dari politik yang mereka naungi seterusnya bersara dari politik negara. Atau sahaja klip video tersebut akan diedarkan kepada umum jika permintaan “Datuk T” itu tidak dipenuhi.

Maka, bermulalah episod teka-teki selama hampir 48 jam. Ramai yang cuba menjadi Sherlock Holmes. Tidak kurang lucu ada yang cuba menjadi Detective Conan atau Inspector Gadget. Misinya sama – cuba mencari identiti "Datuk T”. Lebih dramatik, ada pula yang cuba menjadi Steven Spielberg atau George Lucas – memberi komen tentang ketulenan klip-video tersebut berdasarkan ilmu CGI yang entah dari mana mereka pelajari.

MALAYSIA GEMPAR! Gawat dengan Skandal Klip-Video-Seks terbaru.

Monday, February 21, 2011

MINGGU YG SIBUK

minggu yg sangat sibuk.....
kerja ofis yg melambak-lambak xtahu bila nak siapnya.....
tak terdaya rasanya utk menyelesaikan seorang diri......

sibuk dengan meting lagi, kursus lg....huhuhuh mampukah aku utk melaksanakan semuanya

setiap KEJAYAAN memerlukan PENGORBANAN kan
BERSYUKUR DIATAS SEGALA REZEKI YG ALLAH LIMPAHKAN KEPADA KITA
fikirkan orang yang tidak bekerja....

banyak info yang aku terima masa mesyuarat PDM 18/2/2011....

orang2 di kampung tidak tahu apa itu IT diorg hanya mendengar melalui TV.....
bila melalui TV org2 di kg ini merasa Benci dengan Kepimpinan UMNO....asik UMNO aje yg betul...diorang tidak tahu cerita sebenar siapa ANWAR IBRAHIM...., PKR, PAS
Golongan-golongan Belia sangat2 Benci dengan UMNO......
apakah puncanya diorg membenci UMNO
bagaimanakah utk menarik minat golongan-golongan Belia untuk menyukai parti UMNO
kami masih mencari info2 menarik untuk diedarkan kepada golongan2 yg membenci UMNO
dengan harapan kami dapat menjawab segala pertanyaan diorg tnpa rasa takut2
........
Saya harap sahabat-sahabat Blogger dapat membantu untuk menyelesaikan masalah yg berlaku di kawasan saya......
sekian terima kasih......

Wednesday, February 16, 2011

wall dari rakan FB

Ustaz UMNO memang leh kenal, bg ceramah pakai baju Melayu pakai songkok, kata Maulud Nabi kan? Pakai je la jubah dengan serban, kan Baginda SAW pakai macam tu? Antara pakai baju Melayu dengan jubah mana lagi ingatkan anda dengan Nabi SAW? Sekadar dari saya yang jahil :D
bab pakaian pun dipolitikkan....x faham dengan golongan belia masa kini......
itu yg dapat dipelajari di UITM agaknye....... 

Monday, February 14, 2011

selamat datang ke blog putih suci

pagi tadi bila nk update blog x boleh nak buka....
satu kerja langsung x buat hari ini
menyiapkan blog terbaru
nak ucap terima kasih dekat sari-puteri kerana membantu
tanpa pertolongan dia mungkin aku dah putus asa....
aku buat tak tahu aje
tp bila fikir balik ape guna aku pergi kursus aku putus asa
rugi aje ketua aku antar pergi kursus tapi aku x menyampaikan maklumat yg aku dapat semalam
aku kena rajin belajar utk menjadi blogger yg hebat....
GAGAL ITU BUKAN SELAMA-LAMANYA....
YANG PENTING USAHA UNTUK BERJAYA.....
KEPADA SAHABAT-SAHABAT BLOGGER aku perlu tunjuk ajar dari kalian semua.......